Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Pada 19 September 2018 telah diadakan PLC Program Nilam bagi guru-guru PPKI SMK Buloh Kasap yang bertempat di Bilik Muafakat, PPKI SMKBK. PLC ini juga turut melibatkan ppm dan pelajar-pelajar PPKI SMKBK. Tujuan PLC ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman kepada warga PPKI mengenai tatacara perekodan bacaan nilam.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hariati Binti Mohd Noh, guru perpustakaan SMKBK yang sudi menyampaikan pengajaran kepada kami.
PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP
Tuesday, 2 October 2018
Sunday, 30 September 2018
PLC MASAKAN : CHEESEKUT
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Pada 19 September 2018 telah diadakan PLC Masakan bagi guru-guru PPKI SMK Buloh Kasap yang bertempat di D'Cafe PPKI SMKBK. Pengajaran bagi membuat Chessekut tersebut telah disampaikan oleh PPM Masakan iaitu Cik Nurul Izayani binti Baharuddin. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
LATIHAN NYANYIAN BERSEMPENA HARI PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SMK BULOH KASAP TAHUN 2018
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Bersempena Hari Penutupan Bulan Kemerdekaan SMK Buloh Kasap, pelajar-pelajar pendidikan khas akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut dengan mengadakan persembahan nyanyian bertajuk 'Sayangi Malaysiaku'.
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan juga PPM yang telah bersama-sama melatih pelajar bagi tujuan persembahan ini :
1. Pn Nor Baizura binti Abd Rahman
2. Pn Najwa binti Suleiman
3. Cik Amalia Zakiah binti Zulkaply
4. Cik Nurul Izayani binti Baharuddin
5. Cik Nur Nabila binti Hashim
KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Pada 12 September 2018 telah diadakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Segamat bertempat di Pentas Utama One Segamat, Segamat Central.
Pada 12 September 2018 telah diadakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Segamat bertempat di Pentas Utama One Segamat, Segamat Central.
Seramai dua orang pelajar PPKI SMK Buloh Kasap yang telah terlibat dengan karnival ini, iaitu :
1. Liew Yean Tong (Model)
2. Tan You Son (Jurusolek)
Terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring yang terlibat iaitu :
1. Pn Siti Norhayati binti Ibrahim
2. Pn Kholidah binti Sayot
Saturday, 29 September 2018
LATIHAN SOLEKAN
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Telah diadakan latihan solekan untuk melatih pelajar ke KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT. Pelajar PPKI SMK Buloh Kasap telah dipilih untuk menyertai kemahiran solekan.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat :
1. Puan Siti Norhayati binti Ibrahim
2. Cik Amalia Zakiah binti Zulkaply
3. Umi Natasha binti Sudir
Ribuan terima kasih juga kepada guru aliran perdana iaitu En Shukor bin Sudin yang turut bersama-sama dalam melatih pelajar untuk kemahiran solekan ini.
Saturday, 25 August 2018
PROGRAM MENONTON FILEM PULANG
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Pada 15 Ogos 2018, seramai 8 orang pelajar PPKI SMKBK bersama dua orang guru pengiring telah bersama-sama dengan 200 orang pelajar OKU daripada 45 sekolah pendidikan lain menerima sumbangan tiket wayang daripada Media Prima Berhad (MPB) bagi menyaksikan filem Pulang terbitan Primeworks Studio di Pawagam Segamat Central.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)