Sunday, 30 September 2018

PLC MASAKAN : CHEESEKUT

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...


Pada 19 September 2018 telah diadakan PLC Masakan bagi guru-guru PPKI SMK Buloh Kasap yang bertempat di D'Cafe PPKI SMKBK. Pengajaran bagi membuat Chessekut tersebut telah disampaikan oleh PPM Masakan iaitu Cik Nurul Izayani binti Baharuddin. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.






LATIHAN NYANYIAN BERSEMPENA HARI PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN SMK BULOH KASAP TAHUN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...

Bersempena Hari Penutupan Bulan Kemerdekaan SMK Buloh Kasap, pelajar-pelajar pendidikan khas akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut dengan mengadakan persembahan nyanyian bertajuk 'Sayangi Malaysiaku'. 

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan juga PPM yang telah bersama-sama melatih pelajar bagi tujuan persembahan ini :
1. Pn Nor Baizura binti Abd Rahman
2. Pn Najwa binti Suleiman
3. Cik Amalia Zakiah binti Zulkaply
4. Cik Nurul Izayani binti Baharuddin
5. Cik Nur Nabila binti Hashim









KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...

Pada 12 September 2018 telah diadakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Daerah Segamat bertempat di Pentas Utama One Segamat, Segamat Central. 

Seramai dua orang pelajar PPKI SMK Buloh Kasap yang telah terlibat dengan karnival ini, iaitu :
1. Liew Yean Tong (Model)
2. Tan You Son (Jurusolek)

Terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring yang terlibat iaitu :
1. Pn Siti Norhayati binti Ibrahim
2. Pn Kholidah binti Sayot

















Saturday, 29 September 2018

LATIHAN SOLEKAN

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...

Telah diadakan latihan solekan untuk melatih pelajar ke KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH SEGAMAT. Pelajar PPKI SMK Buloh Kasap telah dipilih untuk menyertai kemahiran solekan.

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat :
1. Puan Siti Norhayati binti Ibrahim
2. Cik Amalia Zakiah binti Zulkaply
3. Umi Natasha binti Sudir

Ribuan terima kasih juga kepada guru aliran perdana iaitu En Shukor bin Sudin yang turut bersama-sama dalam melatih pelajar untuk kemahiran solekan ini.