Monday, 30 July 2018

PERTANDINGAN KO AKADEMIK SINDROM DOWN PERINGKAT DAERAH SEGAMAT

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...

Pada hari Selasa yang lalu iaitu pada 24 Julai 2018 telah diadakan Pertandingan Ko Akademik Sindrom Down Peringkat Daerah Segamat yang berlangsung di SJKC Labis.


Terdapat 4 pertandingan yang dijalankan antaranya:

  1. Menyalin Petikan
  2. Gelang Manik
  3. Kolaj
  4. Puzzle

PPKI SMK Buloh Kasap telah menghantar seramai 4 orang peserta iaitu :
  • Mohamad Azfar bin Nasarudin
  • Tan Pei Hong
  • Nuriman Hanani binti Azman
  • Ayunatasha binti Rusman


Tahniah diucapkan kepada peserta Ayunatasha yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan puzzle (kategori menengah).




















Saturday, 21 July 2018

PEMERIKSAAN GIGI PELAJAR PPKI SMK BULOH KASAP TAHUN 2018

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...


                     Pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 19 Julai 2018 telah diadakan pemeriksaan gigi bagi pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Buloh Kasap. Pemeriksaan ini diadakan pada setiap tahun bagi memastikan kesihatan gigi pelajar sentiasa berada dalam keadaan baik. 











Diharapkan kesemua pelajar pendidikan khas SMK Buloh Kasap akan terus menjaga dan memelihara kesihatan gigi dan kebersihan gigi mereka dengan baik.

Monday, 16 July 2018

WARGA PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP

CARTA ORGANISASI PPKI SMK BULOH KASAP, SEGAMAT.



PENGETUA

EN S. MUGUNEN A/L CHENDU



PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

PN HAJAH KALSOM BINTI YUSOF




BARISAN GURU PENDIDIKAN KHAS

EN ROLAN BIN HASBOLLAH
PN KHOLIDAH BINTI SAYOT
CIK RAZILAH BINTI BAHARUDDIN
PN NORBAIZURA BINTI ABD RAHMAN
CIK SHAHROL MONA BINTI MOHD RAWI
PN SITI NORHAYATI BINTI IBRAHIM
PN NAJWA BINTI SULEIMAN
PN NUR ARQMA SYAZWANA BINTI MOHD FUAD
CIK AMALIA ZAKIAH BINTI ZULKAPLY




PEMBANTU PENGURUSAN MURID

CIK NURUL IZAYANI BINTI BAHARUDDIN
CIK NUR NABILA BINTI HASHIM



UNIT KAUNSELING

EN MOHAMAD RAHZIZ BIN LOKMAN
PN SUZANA BINTI MOHAMED YATIN



YANG DI PERTUA PIBG

EN JAMALUDIN BIN BOHARI



PENGERUSI MAJLIS PERMUAFAKATAN PPKI SMKBK

TN HJ AZMAN BIN TUMIN

SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...






SELAMAT DATANG

ke

BLOG PENDIDIKAN KHAS 
SMK BULOH KASAP,
SEGAMAT, JOHOR.


Mengenai PPKI SMK Buloh Kasap

Dibuka pada 2 Januari 2008 dengan pelajar asalnya seramai 8 orang dan 2 guru. Pelajar asalnya adalah dari SK Buloh Kasap ( 4 orang ) SK Dato'Wan Idris ( 1 orang ) dan SMK Gemereh ( 3 orang ). Sementara guru pula, seorang dari SMK Gemereh dan seorang guru baru. Lokasi kelas pula ialah ditingkat bawah Blok H SMK Buloh Kasap.

Pada awalnya hanya 1 kelas diwujudkan kerana masih tiada kemudahan .Tumpuan pelajaran hanyalah pada komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah laku dan Akademik Berfungsi ( Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Sosial & Alam Sekitar ) . Pada bulan Mac 2008, 2 orang pelajar lagi mendaftar. Perjalanan kelas menjadi lebih lancar dengan kedatangan seorang Pembantu Pengurusan Murid.

Pada tahun 2009,bilangan pelajar meningkat kepada 22 orang. Walaubagaimanapun 4 orang pelajar telah diterima masuk ke Pusat Latihan Giat MARA di Batu Anam dan tinggallah 18 orang pelajar yang dibahagikan kepada 2 kelas mengikut kebolehan penguasaan mata pelajaran. 6 orang pelajar ditempatkan di kelas 1 ( Kelas Akademik ) manakala 12 orang lagi ditempatkan di kelas 2 ( Kelas Kemahiran ).

Kini pada tahun 2018, setelah 10 tahun PPKI bertapak di SMK Buloh Kasap, telah berlaku banyak perubahan di sini. Bilangan guru mengajar di kelas Pendidikan Khas SMK Buloh Kasap adalah seramai 10 orang dan dibantu dengan 2 orang PPM. Bilangan pelajar pula telah meningkat kepada 36 orang dengan 7 kelas yang diagihkan mengikut kemahiran tertentu iaitu Masakan , Pertanian dan Akademik ( Kelas Peperiksaan ).

Diharapkan PPKI SMK Buloh Kasap ini akan bertambah maju dan cemerlang di masa hadapan. Harapan Mereka, Aspirasi Bersama.