SELAMAT DATANG
ke
BLOG PENDIDIKAN KHAS
SMK BULOH KASAP,
SMK BULOH KASAP,
SEGAMAT, JOHOR.
Mengenai PPKI SMK Buloh Kasap
Dibuka pada 2 Januari 2008 dengan pelajar asalnya seramai 8 orang dan 2 guru. Pelajar asalnya adalah dari SK Buloh Kasap ( 4 orang ) SK Dato'Wan Idris ( 1 orang ) dan SMK Gemereh ( 3 orang ). Sementara guru pula, seorang dari SMK Gemereh dan seorang guru baru. Lokasi kelas pula ialah ditingkat bawah Blok H SMK Buloh Kasap.
Pada awalnya hanya 1 kelas diwujudkan kerana masih tiada kemudahan .Tumpuan pelajaran hanyalah pada komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah laku dan Akademik Berfungsi ( Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Sosial & Alam Sekitar ) . Pada bulan Mac 2008, 2 orang pelajar lagi mendaftar. Perjalanan kelas menjadi lebih lancar dengan kedatangan seorang Pembantu Pengurusan Murid.
Pada tahun 2009,bilangan pelajar meningkat kepada 22 orang. Walaubagaimanapun 4 orang pelajar telah diterima masuk ke Pusat Latihan Giat MARA di Batu Anam dan tinggallah 18 orang pelajar yang dibahagikan kepada 2 kelas mengikut kebolehan penguasaan mata pelajaran. 6 orang pelajar ditempatkan di kelas 1 ( Kelas Akademik ) manakala 12 orang lagi ditempatkan di kelas 2 ( Kelas Kemahiran ).
Kini pada tahun 2018, setelah 10 tahun PPKI bertapak di SMK Buloh Kasap, telah berlaku banyak perubahan di sini. Bilangan guru mengajar di kelas Pendidikan Khas SMK Buloh Kasap adalah seramai 10 orang dan dibantu dengan 2 orang PPM. Bilangan pelajar pula telah meningkat kepada 36 orang dengan 7 kelas yang diagihkan mengikut kemahiran tertentu iaitu Masakan , Pertanian dan Akademik ( Kelas Peperiksaan ).
Diharapkan PPKI SMK Buloh Kasap ini akan bertambah maju dan cemerlang di masa hadapan. Harapan Mereka, Aspirasi Bersama.
No comments:
Post a Comment