Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera...
Pada 14 OGOS 2018 telah diadakan PROGRAM GURU PENYANYANG & MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SMK BULOH KASAP BAGI BULAN KELAHIRAN (APRIL-SEPTEMBER) TAHUN 2018 yang berlangsung di Bilik Muafakat, PPKI SMKBK.
Objektif program ini adalah untuk :
- Memberi pemahaman kepada pelajar PPKIBP tentang konsep umur dan angka.
- Melatih pelajar PPKIBP dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku.
- Melahirkan pelajar PPKIBP yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
- Meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar PPKIBP.
- Memupuk nilai-nilai murni dan perlakuan positif di kalangan pelajar PPKIBP.
- Menanam sifat kasih sayang dalam kalangan pelajar PPKIBP.
SELAMAT HARI LAHIR & DIDOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERI KEBAHAGIAAN DALAM KEHIDUPAN..
No comments:
Post a Comment